Pengaruh Bertha von Suttner

Di Harmannsdorf, Suttner meneruskan aktiviti kewartawanannya dan menumpukan perhatian pada pengajian keamanan dan konflik dengan ahli falsafah Perancis Ernest Renan dan dipengaruhi oleh Persatuan Timbang Tara dan Keamanan Antarabangsa yang diasaskan oleh Hodgson Pratt pada tahun 1880.

Pada tahun 1889, novel beliau Die Waffen nieder! ("Lay Down Your Arms!") telah diterbitkan dan novel tersebut telah menjadikan beliau tokoh utama Austria dalam menggerakkan keamanan. Buku tersebut telah diterbikan sebanyak 37 edisi dan diterjemahkan dalam 12 buah bahasa. Beliau turut menjadi saksi pengasasan Kesatuan Antara Parlimen dan menggesa penubuhan organisasi pasifisme, Gesellschaft der Friedensfreunde pada tahun 1891. Suttner turut menjadi Pengerusi dan pengasas kepada Persatuan Keamanan Jerman pada tahun berikutnya.

Pada tahun 1897, beliau mempersembahkan kepada Raja Franz Joseph I senarai tandatangan yang mendesak penubuhan Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan mengambil bahagian dalam Persidangan Hague pada 1899 dan 1907.

Setelah kematian suaminya pada tahun 1902, Suttner menjual Istana Harmannsdort dan berpindah ke Vienna. Pada tahun 1904, beliau mewakili Kongres Wanita Antarabangsa di Berlin dan menggelilingi Amerika Syarikat selama tujuh bulan untuk menghadiri kongress keamanan di Boston dan mesyuarat Presiden Theodore Roosevelt.

Pada tahun 1907, Suttner telah menghadiri Persidangan Keamanan Hague kedua, yang mana fokus utama adalah undang-undang perang. Pada malam sebelum Perang Dunia Pertama, beliau meneruskan nasihat untuk menentang persenjataan antarabangsa. Pada tahun 1911, beliau menjadi ahli kepada Majlis Penasihat Yayasan Keamanan Carnegie.[23]

Rujukan

WikiPedia: Bertha von Suttner http://www.berthavonsuttner.com http://www.berthavonsuttner.com/Papers/abrams.pdf http://www.nobel-winners.com/Peace/suttner_bertha.... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.berthavonsuttner2005.info/ http://ringmar.net/politicaltheoryfornomads/index.... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p06930128X //archive.org/search.php?query=((subject:%22Suttne...